KAWAN KARIB SAYA

KAWAN KARIB SAYA

作者姓名:Fatin Munirah Binti MD Mohar   作者班级:5H

Saya mempunyai ramai kawan. Kawan yang paling rapat dengan saya ialah Lau Wen Fong. Umurnya sebelas tahun. Kami belajar di kelas yang sama di SJK (C) KL.

Kami mempunyai hobi yang sama, iaitu bermain badminton. Pada waktu lapang, kami akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Lau Wen Fong adalah seorang yang baik hati kerana selalu menolong orang yang menghadapi kesusahan. Nama bapanya ialah Lau Wen Siong. Dia bekerja sebagai guru. Emaknya bernama Na In Im. Dia adalah seorang suri rumahtangga. Ibubapanya melayan saya seperti anak sendiri. Saya berasa sungguh gembira kerana mendapat seorang kawan yang setia.