AKU SEBUAH BASIKAL

AKU SEBUAH BASIKAL

作者姓名:LEVA LEE SHI EN   作者班级:6M

Aku adalah sebuah basikal .Aku diperbuat daripada besi terpilih di sebuah kilang di Kuala Lumpur pada tahun 2001 .Badanku amat cantik dan mempunyai corak yang berwarna-warni.Pegangan dan tayar aku berwarna hitam. Setelah siap diproses,aku dihantar ke sebuah kedai basikal . Aku dipamerkan di hadapan kedai tersebut untuk menarik perhatian orang ramai. Aku berasa bangga apabila dipuji oleh orang ramai.

Pada suatu hari,seorang lelaki yang kelihatan kaya datang ke kedai itu untuk membeli basikal. Setelah memilih ,dia membuat keputusan untuk membeli aku dengan harga RM950 .Aku berasa bangga kerana dipilih.

Setelah membayar ,lelaki itu membawa aku balik ke rumahnya dengan kereta yang besar .Pada malam itu,tuanku mengadakan jamuan untuk menyambut hari jadi anaknya yang ke-10 .Aku pun dihadiahkan kepada anaknya sebagai hadiah hari jadi.

Mulai hari itu,aku sering dibawa bersiar-siar di taman bunga dan juga ke sekolah .Kawan-kawan tuanku memuji aku sungguh cantik dan berjenama. Setiap hujung minggu,pasti tuanku memandikan aku .Selepas mencuci ,tuanku akan mengelap aku sehingga badan aku berkilat-kilat.

Aku berasa sungguh bertuah kerana mendapat seorang tuan yang baik hati dan menjaga aku dengan baik.Aku berazam akan berkhidmat kepada tuanku sehingga ke akhir hayatku.