Showing posts with label SPM - B. M-Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label SPM - B. M-Tatabahasa. Show all posts

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008

Latihan masa cuti Tingkatan 4 & 5
Soalan 3(a)
1. Bina ayat dengan perkataan yang berikut tanpa menambah atau menggugurkan imbuhan bagi setiap perkataan yang berikut:

(i) lebaran
(ii) lebarkan
(iii) dilebarkan
(iv) melebarkan
(v) perlebar
(vi) memperlebar

Soalan 3(b)
1. Menganalisis Ayat
Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat aktif transitif, ayat aktif tak transitif atau ayat pasif.

(i) Baju itu masih belum berjahit lagi.
(ii) Dia suka bergurau.
(iii)Dia keletihan setelah penat bekerja.
(iv)Mereka suka membaca buku.
(v) Dia teringat akan isterinya di hospital.
(vi) Hazami teringat oleh ibunya di kampung.

2. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.
(i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datu`.
(ii) Saya membeli buku itu di kedai koperasi .
(iii) Kami akan membantu guru pada hari pendaftaran pelajar baharu itu nanti.

3. Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif
Tukarkan ayat-ayat pasif. di bawah ini kepada ayat aktif
(i) Kursus itu akan saya jalani pada minggu depan.
(ii) Peperiksaan itu akan kami duduki pada bulan Jun nanti.
(iii) Kita tuntut kemerdekaan daripada penjajah.

4. Menyambungkan ayat
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mewujudkan forum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mewujudkan forum . Kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk menangani gejala samseng .Gejala samseng itu kini menular di sekolah. Pihak polis sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Pihak Kementerin Pelajaran sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sesuatu. Kementerian itu sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap. Kongsi gelap itu melakukan kegiatan merekrut pelajar sekolah. Pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit.


5. Memisahkan Ayat
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada 4 ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Pasangan suami isteri yang menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram berjumlah RM1.22 juta daripada orang ramai itu telah melantik peguam bela bagi mengendalikan penggulungan hujah kes mereka di Mahkamah Sesyen pada hari ini.

6. Menukarkan Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah
Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
"Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Pengetua mula membuat tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga.
"Tidak Cikgu! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri.
"Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.


Soalan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan
Dalam ayat-ayat di bawah ini, terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Percikkan bunga api itu dilihat sungguh indah pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
ii. Zarul Amin berbaring keletihan setelah pulang daripada menjaja ais krim.
iii. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang diperkatakan oleh Salmah kerana suasana hangar bingar.

Soalan 3(d) Kesalahan kata/istilah dan bahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kontingen negara akan menghantar satu pasukan peninju muda yang paling handal sekali di negara kita dalam kejohonan tinju peringkat amatur di Bangkok, Thailand .
(ii) Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di negara Iraq itu sedang berarak di jalan raya-jalan raya di seluruh negara.
(iii) Penyanyi yang menagih dadah itu akan diletakkan di bawah perhatian pihak polis selama dua setengah tahun.

Soalan 3(e) Peribahasa
1.Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Hidupnya begitu sukar untuk diteruskan kerana dia terpaksa bekerja pada setiap masa untuk sesuap nasi. Untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja kerana tanpa usaha rezeki tidak akan menjelma. Apabila sudah mendapat rezeki, dia perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki yang sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usaha.
[ 6 markah ]

2. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini.
(i) “Saya yakin bahawa kamu akan berjaya kerana jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh kejayaan sudah pasti menjadi milik kamu.” Kata Cikgu Haris kepada Wati.
(ii) Kita hendaklah berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta ini.
(iii) Dia terpaksa berada di perantauan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.
[ 6 markah ]

Soalan Contoh 3
Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah ini.

(i) Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
(ii) Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
(iii) Indah khabar daripada rupa
[ 6 markah ]
Soalan Contoh 4
Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain. _____________________________________________.
(ii) Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. ______________________________________________ .
(iii) Sesuatu perkara yang muncul terlalu banyak pada sesuatu masa. ________________________________________________ .
[ 6 markah ]
Soalan Contoh 5
Berikan maksud setiap peribahasa di bawah ini.

(i) Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat
(ii) Bagai kaca terhempas ke batu.
(iii)Lintah darat
[ 6 markah ]

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 dan 5

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.4. meninggi diriMaksud : Sombong5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong17. murah hatiMaksud : Pemurah.18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.19. Tangan kosongMaksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.24. berbesar hatiMaksud : Gembira.25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.28. batu penghalangMaksud : Halangan29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.