SINOPSIS - Setiap Bab.
[ Tidak Diberikan]
BIODATA PENGARANG'
Pak Sako (Ishak Hj. Muhammad) dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Lahir pada tahun 1090 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sek. Melayu Kg. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sek. Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928 serta lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai Tadbir Melayu. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.
Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita meneerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terangganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunnug Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sastrawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen.
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahinya Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah "Pejuang Sastera" daripada Perdana Menteri. Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Ulu Langat, Selangor.
TEMA - Semangat cinta kepada tahan air dan perjuangan mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh Inggeris.
Pahlawan-pahlawan Melayu seperti Bahaman, Mat Gajah dan Mat Kilau berjuang bermati-matian menentang Inggeris kerana tidak mahu negeri Pahang dijajah oleh Inggeris. Orang Melayu banyak yang tinggal dalam hutan kerana benci kepada Inggeris dan Perempuan Tua sanggup tinggal dengan orang Sakai di kaki Gunung Tahan. Beliau juga benci kepada bangsanya sendiri yang mementing diri. Ratu Bongsu sanggup hidup dengan orang-orang bunian di puncak Gunung Tahan dan memerintah negerinya dengan penuh patriotik. Ratu Bongsu berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan Gunung Tahan daripada penjajah walaupun ditawarkan oleh Tuan William dengan tawaran yang lumayan. Kejayaan Ratu Bongsu yang jelas diperlihatkan dalam novel ini ialah menggagalkan cubaan Inggeris menyerang Gunung Tahan dan memungkinkan Men William jatuh cinta kepadanya.
PERSOALAN
1. Sifat tamak penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Contoh dari teks PGT:
2. Sikap Penjajah Inggeris yang sombong.
Contoh dari teks PGT:
3. Pengaruh Inggeris dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Contoh dari teks PGT:
4. Penentangan terhadap Inggeris.
Contoh dari teks PGT:
5. Sikap orang Melayu yang belot dan mengkhianati tanah air sendiri.
Contoh dari teks PGT:
6. Adat istiadat dan cara hidup orang Sakai.
Contoh dari teks PGT:
7. Keindahan dan keajiban di puncak Gunung Tahan.
Contoh dari teks PGT:
WATAK & PERWATAKAN
[Pelajar perlu faham ; Apakah watak dan perwatakan]
Watak : Ratu Bongsu
Perwatakannya :
Watak : Men William
Perwatakannya :
Watak : Perempuan Tua
Perwatakannya :
Watak : Tuan Robert
Perwatakannya :
Watak : Tuan William
Perwatakannya :
PLOT
Binaan Plot
1. Permulaan cerita - pengenalan negeri Pahang, pahlawan-pahlawan yang gugur dalam peperangan menentang Inggeris dan watak-watak orang melayu yang telah tewas dalam peperangan tersebut di Gunung Tahan.
2. Perkembangan cerita - Tuan Willian dan Tuan Robert mendaki GGunung Tahan dan situasi Tuan Robert di perkampungan orang Sakai sehingga kematian Tuan Robert.
3. Perumitan / konflik cerita - Tuan William berkonflik dengan Ratu Bongsu dalam mempertahankan hak.
4. Kemuncak cerita - Kedatangan 2 buah kapal terbang menyerang puncak Gunung Tahan dan kesan serangan itu terhadap istana dan penduduk negeri tersebut.
5. Peleraian cerita - percintaan Men Willian dengan Ratu Bongsu berakhir dengan perkahwinan.
Teknik Plot
1. Teknik Imbas Kembali.
2. Teknik Diolog.
3. Teknik Monolog / Monolog Dalaman.
4. Teknik Suspens.
5. Teknik Pemerian.
6. Teknik Kejutan.
LATAR
1. Latar Tempat
2. Latar Masa
3. Latar Masyarakat
NILAI
1. Cinta tanah air.
Contoh daripada teks :
2. Berani.
Contoh daripada teks :
3. Kasih Sayang.
Contoh daripada teks :
4. Bijaksana.
Contoh daripada teks :
5. Belas Kasihan.
Contoh daripada teks :
6. Berpendirian Tegas.
Contoh daripada teks :
7. Taat Kepada Agama.
Contoh daripada teks :
8. Nasihat Menasihati.
Contoh daripada teks :
PENGAJARAN
1. Insaf tugas sebagai warganegara untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah.
Contoh dari teks PGT:
2. Berani mempertahankan negara dariapda dijajah.
Contoh dari teks PGT:
3. Mempertahankan kesucian agama.
Contoh dari teks PGT:
4. Memahuti adat istiadat mesyarakat setempat.
Contoh dari teks PGT:
5. Mendangar nasihat orang tua / orang yang lebih berpengalaman .
Contoh dari teks PGT:
6. Ada rasa simpati dan belas kasihan sesama insan.
Contoh dari teks PGT:
7. Bijaksama dalam melakukan sesuatu tindakan.
Contoh dari teks PGT:
8. Jangan tamak harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.
Contoh dari teks PGT:
9. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup orang Barat.
Contoh dari teks PGT:
10. Jangan belot dan mengkhianati tanah air tercinta.
Contoh dari teks PGT:
11. Jangan bersikap sombong hingga menyakiti hati orang lain.
Contoh dari teks PGT:
12. Jangan melakukan perbuatan maksiat kerana dilarang oleh agama.
Contoh dari teks PGT:
13. Jangan bersikap curang pada suami semasa suami tiada.
Contoh dari teks PGT:
14. Jangan bertindak keterlaluan hingga mengakibatkan kemusnahan.
Contoh dari teks PGT:
15. Jangan menggunaan jasa keturunan nenek moyang untuk mendapatkan sesuatu kepentingan bagi diri sendiri.
GAYA BAHASA
1. Gaya Bahasa
a. Gaya bahasa dialog.
b. Gaya bahasa bercerita.
2. Keragaman Bahasa.
a. Ayat yang digunakan oleh pengarang panjang-panjang.
b. Diksi atau pemilihan kata oleh pengarang seperti berikut :
i. Pemilihan kata-kata klasik - contohnya, hatta, maka, teredak dll.
ii. Pemilihan kata-kata asing - contohnya, "Good morning old lady"
iii. Pemilihan kata-kata yang indah - contohnya, ...sedang berenang dengan tenang dan senang...
c. Peribahasa- contohnya, putih mata, putih tulang dll
d. Simile - contohnya; terkial-kial seperti beruk patah kaki.
e. Hiperbola - contohnya; segununglah terima kasih patik..
f. Personifikasi - contohnya; disengat oleh kekesalan.
3. Fungsi Unsur Gaya Bahasa.
i. Dapat mengindahkan karya dan memungkinkan bunyinya sedap didangar.
ii. Dapat memberi gambaran yang jelas.
iii. Dapat memberi kesan yang mendalam dan menarik minat pembaca.
iv. Unsur gaya bahasa dapat memperkayakan bahasa.
v. Dapat menghidupkan cerita.
vi. dapat menunjukkan pengarang memperoleh identiti tertentu.
Showing posts with label Komsas. Show all posts

NOVEL "KONSERTO TERAKHIR" TKT 5
Sinopsis
Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia menumpung di rumah sepupu bapanya iaitu, Datuk Johori. Kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin. Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah mengubah pekarangan rumah Datuk Johari menjadi lebih cantik.
Hayati tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain piano. Hubungan Hayati dengan Hilmi yang rapat menyebabkan Datin Salmah bertekad menghalau Hilmi. Hilmi meninggalkan rumah dan belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Hilmi berjaya sebagai seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sementara itu, Hayati hendak berangkat ke London dengan suaminya, Mohsin. Sebelum berangkat, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan cintanya kepada Hilmi.
Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam "Pertunjukan Orkes Perdana".
Hayati pulang dan mengambil alih tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra. Di hospital, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi adalah anak Datuk Johari sendiri. Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi. Seterusnya, Datuk Johari mati mengejut semasa menerima berita kematian Hilmi.

NOVEL "BUKIT KEPONG" TKT 4
Sinopsis
Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor.
Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya semakin hebat.
Pada subuh 23 Februari 1950, 200 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggoto polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri.
Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan nak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat "berita" kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.

PANDUAN MENJAWAB
Bentuk Soalan
Mengikut format baru 2004, ia soalan nombor 2 (b)
Soalan ini wajib dijawab.
Soalannya berdasarkan kepada 12 cerpen dan 6 drama (Tingkatan 4 dan 5).
Walaupun beberapa cerpen dan drama telah keluar sejak 2001, anda perlu bersedia untuk semua jenis dan semua teks.
Dengan jumlah yang banyak, bermakna skop soalan yang boleh ditanya adalah luas dan agak menyukarkan pelajar.
Satu petikan daripada salah satu teks di atas akan diberi.
3 soalan akan dikemukakan.
Markah yang disediakan pula ialah sama ada 9 atau 10 , iaitu gabungan 3 - 3 - 3, 3 - 3 - 4 atau gabungan lain.
3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
1 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan
1 soalan aspek kesusasteraan
1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
(Catatan: Gabungan soalan ini boleh berubah-rubah)
Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks biasanya menyoal berasaskan kata tanya berikut:
Apa...
Siapa...
Di mana...
Mengapa/Kenapa...
Bagaimana...
ataupun menggunakan arahan berikut:
Jelaskan...
Terangkan...
Huraikan secara ringkas...
Gambarkan ...
dan sebagainya.
Soalan aspek kesusasteraan meliputi:
Sinopsis
Tema dan persoalan/Pemikiran (untuk drama)
Watak dan perwatakan
Latar (Tempat, masa dan masyarakat)
Gaya bahasa
Sudut Pandangan (untuk cerpen)
Nilai dan pengajaran.
Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:
Pada pendapat anda,...
Sekiranya anda....
Jika anda....
dan sebagainya.
Pendekatan menjawab soalan
Baca petikan dari awal hingga akhir.
Fahami apa yang terkandung dalam petikan.
Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
Pastikan manakah soalan langsung, soalan aspek kesusasteraan dan soalan KBKK.
Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
Apabila memberi contoh, salin semula dari petikan dengan betul.
Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali
menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 20 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.

ASPEK KAJIAN SASTERA UNTUK TEKS KOMSAS
Sinopsis
Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
Tema dan Persoalan
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
Latar
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut Pandanqan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(d) Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
Nilai
Antara contoh nilai ialah:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan mental dan fizikal
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.
Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a) Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope
Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan
merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

CERPEN - MENATAP WAJAHNYA - Tingakatan 4
CERPEN - MENATAP WAJAHNYA oleh Siti Hajar Mohd. Zaki
Watak dan perwatakan (FU)
Muliati
Pelajar aktif tetapi kemudiannya cacat dalam kemalangan.
Ibu bapa telah meninggal dunia.
Tinggal dengan nenek.
Gigih dan cekal hadapi cabaran.
Berjaya belajar hingga ke universiti.
Mengharap kasih berterusan daripada Cikgu Balkis tetapi terputus di tengah jalan.
Cikgu Balkis
Simpati terhadap penderitaan Muliati.
Ikhlas membantu Muliati semasa di sekolah.
Tabah hadapi dugaan hidup walaupun sakit ganjil.
Nilai (FS)
Kasih sayang.
Belas kasihan.
Kegigihan.
Sabar.
Ikhlas.
Pengajaran (FS)
Perlu tabah hadapi cabaran dan dugaan hidup.
Perlu menolong orang yang amat memerlukan bantuan.
Hendaklah menerima takdir.
Janganlah terlalu cemburu terhadap seseorang
Sudut pandangan (FS)
Sudut pandangan orang pertama.

Subscribe to:
Posts (Atom)