Kata Hubung

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
 
Kamelia berharap agar Kamal dapat menghubunginya dengan segera.
 
apabila
 
Mukanya pucat apabila disoal pegawai polis itu.
 
atau
 
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
 
bahawa
 
Kami yakin bahawa yang apa dikatakannya itu benar.
 
dan
 
Liza dan Lina sudah lama berjiran.
 
hingga
 
Ayah dan Encik Ramli berbual hingga larut malam.
 
Jika
 
Saya akan menolongnya jika awak benarkan.
 
Jikalau
 
Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah rumah kebajikan.
 
kecuali
 
Semua murid hadir kecuali si Gopal.
 
kerana
 
Amirahi menangis kerana terlalu sedih.
 
lalu
 
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon cemara.
 
manakala
 
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
 
sambil
 
Zafirah bernyanyi-nyanyi sambil menari.
 
serta
 
Zahidah serta abangnya sudah pergi menonton wayang.
 
semenjak
 
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
 
sementara
 
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
 
sungguhpun
 
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
 
supaya
 
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh supaya pandai.
 
walaupun
 
Walaupun letih, diselesaikannya juga tugasan itu.
 
tetapi
 
Badannya besar tetapi dia sebenarnya seorang yang penakut.

Kata Hubung Berpasangan
 
 
Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
 
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
 
Baik- baik
 
Baik Durrah baik adiknya samasama pintar.
 
bukan sahaja malah
 
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
 
entah entah
 
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
 
Jangan – pun
 
Jangankan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun dia tak ada.

Kian – kian
 
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
 
Sama ada – ataupun
 
Pengetua meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
 
sedangkan...inikan pula
 
Sedangkan Gunung Ledang terdaki olehnya inikan pula Bukit Timah.
 
semakin...semakin
 
Encik Husin Saaban semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi
 
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
 
walaupun...namun
 
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.