Kata Depan

Kata Depan

di
menunjukkan tempat
1.Burung terbang di langit.
2.Sukan itu diadakan di padang sekolah ini.

ke
menunjukkantempat/arah
1.Kami akan ke Melaka.
2.Dia menoleh ke kiri dan kanan.

dari
menunjukkan waktu
1.Sukan itu diadakan dari jam 8.00 pada hingga 11.00 pagi.
2.Jalan itu ditutup dari bulan Mac hingga bulan Mei.

menunjukkan arah
1.Dai mengeluarkan buku dari laci.
2.Cikgu Mansor berasal dari Pahang.

untuk/bagi
menyatakandigunakan untuksesuatu
1.Buku cerita ini untuk abang.
2.Ubat ini tidak sesuai bagi kanan-kanan.

daripada
menyatakan punca
1.Buah tangan ini daripada nenek.
2.Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum


kepada
mennujukkan arah yang hanya merujuk benda bernyawa
1.Dompet itu akan saya serahkan kepada pihak polis.
2.Kita mestilah hormat kepada ibu bapa.

sejak/semenjak
bermaksud bermula dari sesuatu masa tertentu
1.Beliau menjadi guru besar sejak tiga tahun yang lepas.
2.Air sungai melimpah sejak pagi tadi.

pada
menunjukkan waktu
1.Matahari terbit pada waktu pagi
2.Beliau akan tiba pada saya.

bentuk ayat"ada+pada+orang"
1.Kad pengenalannya ada pada pihak polis.
2.Buku kamu ada pada saya.

menunjukkan tempat untuk perbuatan sesuatu kata kerja.
1.Wau itu tersangkut pada dahan pokok.
2.Letatkan setem pada sampul surat.

dengan
bermaksud menggunakan
1.Mereka ke Melaka dengan teksi.
2.Dia menggergaji papan dengan sebilah gergaji baru.

bermaksud cara sesuatu dilakukan
1.Encik Lee memandu kereta dengan cermat.
2.Kura-kura merangkak dengan perlahan-lahan.

menunjukkan bersama-sama
1.Wai Kin sedang berbincang dengan Ali.
2.Dia sedang berbual dengan adik lelakinya.

hingga/sampai
menyatakan had tertentu
1.Ban Hin bersekolah hingga Tingkatan Enam.
2.Dia bekerja sampai malam.

demi
membawa maksud tujuan
1.Nasihat itu diberi demi kebaikan kamu.
2.Kita harus berkorban demi kemakmuran negara.