Imbuhan Awalan Pe, Pen, Pel,Pem, Peng..

Bentuk Amalan pen-
1. Awalan pen- sekeluarga dengan amalan pe-, pem-, peng-, dan penge-. Ini menunjukkan bahawa awalan pen-, pe-, pem-, peng-, dan penge- ada hubungannya dengan awalan men-, me-, mem-, meng-, dan menge-.

2.Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge- atau tetap pen- seperti yang berikut:

Awalan
Keterangan
Contoh

pe-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ny,r,dan w.
pe.lancong, pe.menang,pe.nasihat, pe.nyanyi,pe.rompak, pe.warna

pem-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.
pem.basmi, pem.buru,pem.fitnah

peng-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, dan kh.
peng.arah,peng.edar,peng.hibur, peng.ikut,peng.oleh, peng.ulas,peng.gali, peng.khianat

penge-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata.
penge.bom, penge.cat,dan penge.lap

pen-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z.
pen.curi, pen.datang,pen.jamin, pen.syarah,dan pen.ziarah

Makna Awalan pen-
Awalan pen- mempunyai beberapa makna,iaitu:

(a) orang yang men...
pembunuh = orang yang membunuh
pengarang = orang yang mengarang

(b) orang yang suka atau selalu....
pendiam = orang yang suka/selalu diam
penidur = orang yang suka/selalu tidur

(c)orang yang bersifat....
peramah = orang yang bersifat ramah
penakut = orang yang bersifat takut

(d)alat atau sesuatu yang digunakan untuk men....
pembakar = alat untuk membakar
pemukul = alat untuk memukul

(e)sesuatu yang menyebabkan jadi....
pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih