bahasa Melayu di SJKC dan SJKT

Lima masalah utama yang dihadapi dalam pelaksanaan bahasa Melayu di SJKC dan SJKT ialah :
(i) faktor murid yang berkaitan dengan sikap negatif murid iaitu tidak dan kurang berminat mempelajari bahasa Melayu, selalu tidak hadir ke sekolah, tidak membuat kerja rumah dan tidak memberi tumpuan semasa pengajaran guru;
(ii) murid tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu, sebutan yang kurang tepat dan gemar bertutur bahasa ibunda;
(iii) peruntukan masa yang tidak mencukupi, bilangan murid yang terlalu ramai dan bahan bantu mengajar bahasa Melayu yang kurang dan tidak terkini;
(iv) guru kurang mahir dalam penggunaan skema pemarkahan dalam kertas penulisan, kurang pengalaman mengajar bahasa Melayu dan sukar menentukan teknik pengajaran yang berkesan; dan
(v) murid sukar memahami bahasa Melayu sama ada dibaca atau diajar dan tidak memahami makna perkataan atau ayat.


Lebih daripada 60.0 peratus guru bahasa Melayu dan Guru Besar menilai empat teknik pengajaran berikut sebagai berkesan digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan SJKT, iaitu :

(i) teknik latih tubi,

(ii) teknik bercerita,

(iii) teknik menghafaz, dan

(iv) teknik berbincang.

Dua teknik pengajaran yang kurang berkesan digunakan dalam pengajaran ialah teknik syarahan dan teknik pembelajaran kendiri.

Penilaian ke atas keberkesanan teknik yang digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu ini adalah setara di antara kumpulan guru berdasarkan jantina, lokasi sekolah, jenis sekolah dan opsyen guru.

Teknik latih tubi dinilai sebagai sangat berkesan.

Teknik pembelajaran kendiri dan teknik syarahan kurang berkesan digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan SJKT.


Lebih daripada 60.0 peratus guru dan Guru Besar menilai kaedah pengajaran berikut berkesan digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan SJKT, iaitu:

kaedah tatabahasa,
kaedah oral-aural,
kaedah terjemahan, dan
kaedah ajuk dan
hafaz.

Dua kaedah pengajaran yang kurang berkesan digunakan dalam pengajaran ialah

kaedah terus,
dan kaedah linguistik.

Kumpulan Guru Besar yang dibentuk berdasarkan jantina, lokasi sekolah, jenis sekolah dan gred sekolah pula, sama-sama menilai

kaedah oral aural (dengar tutur) dan

kaedah terjemahan sebagai sangat berkesan digunakan dalam pengajaran guru bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Kumpulan guru yang dibentuk berdasarkan jantina, lokasi sekolah tempat mereka mengajar, jenis sekolah dan opsyen, sama menilai

kaedah terjemahan sebagai paling berkesan digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan SJKT.