Pentingnya Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan harus ada pada setiap insan. Kehidupan manusia memerlukan kehidupan bermasyarakat. Kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
Semangat kejiranan dapat membantu kita ketika menghadapi kesulitan. Jiran yang sakit sudah pasti memerlukan bantuan jiran terdekatnya kerana saudara mara tinggal berjauhan. Tanpa jiran saat kecemasan amat bahaya.
Kawasan yang mengamalkan semangat kejiranan memastikan tahap keselamatan yang tinggi. Kadar jenayah berkurangan di kawasan yang rapat semangat kejirananya. Semua jiran menjaga satu sama lain.
Kehidupan kejiranan yang baik dapat mengeratkan hubungan. Dalam masyarakat yang berbilang kaum hubungan kejiranan harus mesra. Kita seharusnya mengenali jiran kita yang berbilang bangsa itu.
Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam negara ini. Masyarakat yang berjiran mampu hidup aman, bersatu padu dan tenteram. Kita tidak mahu negara kita dalam kancah peperangan.