Negara kita mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Masyarakat kita terdiri daripada orang Cina, Melayu, dan India serta lain-lain. Masyarakat majmuk di negara ini hidup aman damai.
Masyarakat majmuk di negara ini tinggal dalam keadaan harmoni. Kita tidak mendengar pergaduhan antara kaum seperti di negara lain berlaku di sini. Rakyat negara ini tidak mempunyai perasaan dengki, iri hati dan curiga.
Kerajaan kita turut memberi pembahagian dan agihan kuasa serta ekonomi yang adil kepada semua kaum. Bantuan diberikan kepada semua pihak tanpa memilih kasih. Ringkasnya, negara kita tiada mengamalkan diskriminasi kaum.
Malah, rakyat di negara ini saling membantu. Sikap yang positif ini memastikan negara kita terus maju berbanding negara-negara lain. Kerjasama yang erat ini mampu membangunkan negara dalam pelbagai aspek bidang terutama dalam pendidikan, teknologi, dan ekonomi.
Kesimpulannya, rakyat negara ini memang saling memiliki peranan untuk memajukan negara tercinta. Kerjasama yang diberikan memastikan semua cabaran yang wujud dapat diatasi dengan mudah. Kejayaan negara yang berbilang bangsa ini akan menjadi idaman semua negara dunia lain.