Cita - Cita semasa dewasa

Setiap orang memiliki cita-citanya yang tersendiri. Saya juga mempunyai satu cita-cita. Sebenarnya cita-cita saya ialah untuk menjadi pensyarah. Ada banyak sebab saya suka menjadi pensyarah.


Pertama, saya berminat untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman saya dengan pelajar. Sudah pasti pelajar saya akan peroleh banyak manfaatnya.


Menurut ayah, untuk menjadi pensyarah saya perlu lulus dalam semua peperiksaan di negara ini. Saya juga diberitahu oleh ayah bahawa pensyarah bukan sahaja perlu pandai tetapi boleh berucap dan memiliki suara yang kuat serta jelas. Ini dapat membantu pelajar memahami pengajaran saya dengan baik.


Saya sering menjadikan guru di sekolah saya sebagai idola saya. Pelbagai jenis soalan saya lontarkan kepada mereka untuk mendapat maklumat dan keyakinan menjadi seorang pensyarah. Saya mahu menjadi pensyarah yang berkaliber.


Cita-cita saya ini turut disokong oleh ibu bapa. Mereka sering memberi sokongan kerana mereka juga bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Saya sering mengikut mereka memberi kuliah kepada pelajar-pelajar untuk mendapat pengalaman awal.


Sesungguhnya, saya benar-benar berharap impian saya itu akan tercapai. Saya akan berusaha dengan gigih untuk berjaya dan tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa saya.