Imbuhan Awaln Ter

Bentuk Awalan ter-
1. Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu:
(a) ter- tak transitif
(b) ter- adjektif
(c) ter- pasif

2. Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-.

3. Awalan ter- dapat berubah menjadi te-, atau tel-, atau tetap ter-
seperti yang berikut:

Awalan
keterangan
contoh

te-
(a) apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf r
(b) apabila bertemu dengan kata yang suku pertamanya berakhir dengan er

te.rasa, te.rendam,te.ringkas, te.rupate.percik, te.perlus,te.perdaya, te.sergam,te.serkup, te.serlah

tel-
apabila bertemu dengan kata anjur
tel.anjur

ter-
apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf yang lain daripada huruf r
ter.cengang, ter.nganga,ter.senyum

Makna Awalan ter-

Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:

(a) tidak sengaja men... atau di....
terambil = tidak sengaja mengambil atau diambil
terpijak = tidak sengaja memijak atau dipijak

(b) paling....
terbaik = paling baik
tertinggi = paling tinggi

(c) keupayaan (dapat di....)
terangkat = dapat diangkat
terdaki = dapat didaki

contoh ayat:
1. Dia tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam .
2. Rubiah terpijak ekor kucingnya .
3. Orang tua itu tidak terpanjat tangga - tangga itu .
4. Fuad terangkat kotak - kotak yang besar itu .
5. Hua Eng ialah pelajar yang terpandai di dalam kelasnya .
6. Bangunan itulah yang tertinggi di bandar ini .