Imbuhan Awalan Me, Men, Meng, Mem..

1. Bentuk men- sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.

2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, atau tetap men- seperti yang berikut:

Awalan
Keterangan Contoh

me-
(a) apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r,
dan w.

(b) apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf K, S, P, dan T, tetapi huruf K akan bertukar menjadi jadi m, dan T menjadi n.

me.lukis, me.masak,me.nanti, me.nganga,me.nyala, me.radang, dan me.wangi
men + Kenal = me.ngenal
men + Suruh = me.nyuruh
men + Pandu = me.mandu
men + Tulis = me.nulis

mem-
apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.

mem.beli, mem.buru,mem.fitnah

men-
apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j.

men.cari, men.dapat,men.jadi, men.jalar

meng-
apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, dan h.

meng.asah, meng.embun,meng.elak, meng.ikut,meng.olah, meng.ubah,meng.gosok, meng.hasut

Awalan
Keterangan
Contoh
meng-
apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata saja.
menge.bom, menge.cat,menge.lap

Makna Awalan men-Awalan men- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) melakukan perbuatan....
membantu = melakukan perbuatan bantu
mengambil = melakukan perbuatan ambil

(b) menjadi seperti....
membatu = menjadi seperti batu
menikus = menjadi seperti tikus

(c) pergi ke....
menyeberang = pergi ke seberang
mendarat = pergi ke darat

(d) memasang... di / pada...
memagar = memasang pagar di...
mengalas = memasang alas pada....

(e) menjadi...
menguning = menjadi kuning
membesar = menjadi besar

(f) melakukan kerja dengan menggunakan....
mencangkul = melakukan kerja dengan menggunakan cangkul
mengetam = melakukan kerja dengan menggunakan ketam

(g) membuat... melemang = membuat lemang
menyambal = membuat sambal(h) mengeluarkan bunyi...
mengaum = mengeluarkan bunyi "aum"
mengiau = mengeluarkan bunyi "iau"