1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
3. Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan.
4. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
5. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup.
7. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
8. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara.
9. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
11. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
12. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
1. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2. Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.
3. Mengekalkan TradisiKekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
4. Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjagamaruah keluarga.
1. Sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
2. Keharmonian antara Manusia dengan AlamSekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3. KemapananAlam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
4. PekaterhadapIsu-isu AlamSekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
1. Cinta Akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
3. Sanggup Berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
1. Melindungi Hak Kanakkanak Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
2. Menghormati Hak Wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
3. Melindungi Hak Pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
4. Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.Melindungi Hak Pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
1. Mematuhi Peraturan dan Undangundang Menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
2. Kebebasan Bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
3. Kebebasan Beragama Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
4. Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undangundang dan Perlembagaan Malaysia.
5. Sikap Keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
1. Hidup Bersama Secara Aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
2. Saling Membantu dan Bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
3. Saling Menghormati antara Negara Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.