SATU KEMALANGAN DI JALAN RAYA
作者姓名:BENG WILSON 作者班级:6M
Pada suatu hari selepas waktu sekolah ,saya menaiki bas untuk pulang ke rumah .Dalam perjalanan ,saya telah menyaksikan satu kemalangan yang dahsyat.Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori di satu selekoh jalan raya.
Bas sekolah yang saya naiki itu terpaksa berhenti kerana lalulintas di situ telah terganggu.Di tempat kejadian ,saya dapati kedua-dua buah kenderaan telah remuk .Pemandu kereta itu cedera parah manakala pemandu lori pula cedera ringan.
Tidak lama kemudian,sebuah kereta polis dan sebuah ambulans pun tiba.Anggota polis sibuk mengawal keadaan lalulintas di situ .Ahli-ahli penyelamat pula sibuk mengeluarkan mangsa-mangsa kemalangan dari kereta yang remuk itu.Mangsa-mangsa kemalangan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada pemandu kereta yang cuai kerana memandu kereta dengan terlalu laju sehingga terlanggar lori yang datang dari arah hadapan .Oleh itu ,kita mestilah berhati-hati semasa memandu di jalan raya untuk mencegah sebarang kemalangan .