Penulisan karangan
Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:
memilih satu tajuk
meyakini tajuk yang dipilih
mendefinisikan tajuk dengan tepat
memikirkan isi dan subtopik
menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan
Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan
ringkas
tepat
padat
menarik minat pembaca
menggambarkan idea keseluruhan karangan
Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan:
berikan penilaian kamu
huraikan
pendapat
bincangkan (umum)
terangkan (penerangan)
cadangkan (cadangan)
ceritakan
jawablah surat
tuliskan sepucuk surat
sediakan satu laporan
gambarkan
tuliskan komen
tuliskan surat permohonan
bincangkan tema/isu
bahaskan tajuk
anda sebagai pembahas pertama
dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang
sediakan sebuah rencana tentang…
sediakan syarahan
sediakan ucapan
tuliskan butir-butir mengapa..
tuliskan sebuah rencana (umum)
tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian
jelaskan pendapat anda dan sebab…..
sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah
tuliskan temuramah
tuliskan keadaan dan suasana
ceritakan pengalaman anda
tuliskan ucapan sepenuhnya
tuliskan rencana tentang
tuliskan wawancara
tuliskan laporan
tuliskan laporan minit mesyuarat
tuliskan pengalaman semasa
tuliskan laporan dalam majlis itu
gambarkan peristiwa
Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi
Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah.
Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek:
Pendidikan -
disiplin -
kemasyarakatan -
adat resam sesuatu kaum -
perindustrian -
penyalahgunaan dadah -
bencana alam -
kejiranan -
telekomunikasi -
kemiskinan -
kesihatan-
kebudayaan -
jenayah -
tenaga / kuasa -
perkembangan sains dan teknologi -
keruntuhan akhlak -
pencemaran -
peranan belia -
gerakan koperasi-
kempen-kempen kerajaan -
peristiwa-
peristiwa bersejarah -peranan akhbar -
aspek tradisional-
peranan media elektronik -
permainan rakyat dan soal-
soal semasa .
Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji para pelajar dari segenap aspek seperti
aspek penulisan
pemikiran
kekemasan kerja ( tanggungjawab)
teknik
tatabahasa
pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan yang dihasilkan.
*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM.
Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.