PANDUAN MENJAWAB

Bentuk Soalan
Mengikut format baru 2004, ia soalan nombor 2 (b)
Soalan ini wajib dijawab.
Soalannya berdasarkan kepada 12 cerpen dan 6 drama (Tingkatan 4 dan 5).

Walaupun beberapa cerpen dan drama telah keluar sejak 2001, anda perlu bersedia untuk semua jenis dan semua teks.

Dengan jumlah yang banyak, bermakna skop soalan yang boleh ditanya adalah luas dan agak menyukarkan pelajar.

Satu petikan daripada salah satu teks di atas akan diberi.

3 soalan akan dikemukakan.

Markah yang disediakan pula ialah sama ada 9 atau 10 , iaitu gabungan 3 - 3 - 3, 3 - 3 - 4 atau gabungan lain.
3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

1 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan

1 soalan aspek kesusasteraan

1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
(Catatan: Gabungan soalan ini boleh berubah-rubah)

Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks biasanya menyoal berasaskan kata tanya berikut:

Apa...
Siapa...
Di mana...
Mengapa/Kenapa...
Bagaimana...

ataupun menggunakan arahan berikut:
Jelaskan...
Terangkan...
Huraikan secara ringkas...

Gambarkan ...
dan sebagainya.

Soalan aspek kesusasteraan meliputi:

Sinopsis
Tema dan persoalan/Pemikiran (untuk drama)

Watak dan perwatakan
Latar (Tempat, masa dan masyarakat)

Gaya bahasa
Sudut Pandangan (untuk cerpen)

Nilai dan pengajaran.
Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:
Pada pendapat anda,...
Sekiranya anda....
Jika anda....
dan sebagainya.

Pendekatan menjawab soalan

Baca petikan dari awal hingga akhir.

Fahami apa yang terkandung dalam petikan.

Baca soalan dan garis kata kunci soalan.

Pastikan manakah soalan langsung, soalan aspek kesusasteraan dan soalan KBKK.

Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.

Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.

Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.

Apabila memberi contoh, salin semula dari petikan dengan betul.

Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.

Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali
menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.

Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.

Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 20 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.