NOVEL "KONSERTO TERAKHIR" TKT 5

Sinopsis
Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia menumpung di rumah sepupu bapanya iaitu, Datuk Johori. Kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin. Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah mengubah pekarangan rumah Datuk Johari menjadi lebih cantik.
Hayati tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain piano. Hubungan Hayati dengan Hilmi yang rapat menyebabkan Datin Salmah bertekad menghalau Hilmi. Hilmi meninggalkan rumah dan belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Hilmi berjaya sebagai seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sementara itu, Hayati hendak berangkat ke London dengan suaminya, Mohsin. Sebelum berangkat, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan cintanya kepada Hilmi.

Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam "Pertunjukan Orkes Perdana".

Hayati pulang dan mengambil alih tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra. Di hospital, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi adalah anak Datuk Johari sendiri. Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi. Seterusnya, Datuk Johari mati mengejut semasa menerima berita kematian Hilmi.